JOM BACA BLOG KAWAN KAWAN KITA

Total Pageviews

Monday 30 April 2012

ROCKERS ANTARABANGSA



Fuh..releks2...penat..penat jugak nooo susun kerusi ni.Kerusi putih standard kenduri punya 2...pergh..letih kot..susun, simpan balik pakai roller 2..berat dan banyak semua cukup..So setel akhirnya..Releks sambil aku melayari blog-blog rakan yang lain.. blog seperti camcagarfu best gak baca. Dia punya stail tulisan agak santai,releks di samping gambar-gambar yang dia amik..Cun gak..pandai dia edit noo...Tuan Blog pun cunn..heheh..2 yang penting.



Sambil-sambil 2..aku saja layan lagu rockers antarabangsa punya..IRON MAIDEN, dan aku layan satu lagu ni ja. ACES HIGH..entah..muzik dia stail, sempoi dan cukup rock...kena la ngan mood aku yang tengah letih ini.hahaha...









Pergh..lagu ni la cukup best.Lirik dan lagu yang cukup bersemangat..sesuai dengan orang macam aku yang tengah penat ni....hehehhe




Aku rasa dah banyak kali dah aku ulang.Dulu abang aku rajin la cerita, dia kata memang banyak rockers mai dari British ni.Entah.Tengok macam biasa, tapi depa la pioneer rock ni.Betui gak noo, bila cek balik banyak dari British yang berjaya..power2 macam QUEEN, IRON MAIDEN ni dan banyak lagi kot..tapi yang fames kompom la US kan..Metallica apa bala.dan lain2 keturunan rockers ganas macam kambing ni..heheh




































aku pun taw sangat band ni..kalau hampa nak taw banyak cek la website IRONMAIDEN ni.. ok la..aku nak layan lagu aces high ni kali yang ke 12..



sekian laporan.

Sunday 29 April 2012

CINCIN EMAS




Hurm..nasib la cuti lagi hari ni.rehat2..cuma menghadirkan diri rumah kenduri adik beradik terdekat saja. Dalam dok releks2, pergh...tetiba aku terdengar lagu ni ;









Pergh..tengok..staill..ejaan cincin dulu  menjadi "CHINCHIN"..sempoii.....



Sapa yang peminat pop yeah2 ni terer la.Muzik dia best jugak..layan..Dengan alunan gitar yang cukup steady..memang irama yang original pop yeah2 la bagi aku..heheh..Suara A rahman sedap gak..Lembut ja, bila dia cerita pasal cincin emas itu kita bleh rasa macamana dia rasa sekarang..



Sekali sekala dengar pop yeah2 best gak bro..xcaya?cuba dengar.memang stail la muzik dia...layann....


Sekian, laporan hari ini












MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI TURUN PADANG



28/4/2012, adalah hari yang paling gembira tetapi ada sedikit rasa tidak syok sebab tarikh ni kami kena bekerja dalam keadaan yang terlalu drastik. Semua jawatankuasa tidak senang duduk sebab Menteri nak mai. Pergh..kalut wat kerja, aku yang jawatan tolong angkat kerusi bagi Menteri ni duduk pun xleh duduk diam. Kalut weii.. Menteri nak mai, Boss aku xsenang duduk.Hati dia resah gelisah, walaupun jawatan boss aku ni tinggi gak dalam skim Kerajaan tetapi dia tetap takut gak.Katanya benda ni bagi dia gemuruh senantiasa.heheh.Apa leh buat..dia yang cakap macam 2.. Aku just nak share-share pic ja ngan hampa semua..hehehe...Nak taw kena la tengok mana2 sumber. Sebab dia ada bagi ucapan kelmarin.Best gak ucapan dia pasal pergerakkan ekonomi negara..Ucapan Tahniah dari Pihak aku untuk Y.B Tan Sri Nor Mohamed Yaakcob atas kehadiran beliau untuk merasmikan program di tempat kerja aku.. ;-)









Keadaan di dalam dewan sementara menanti kehadiran Tan Sri dan VIP yang lain.. : ;-)
































Kehadiran Ran Sri disambut ramai yang datang. Muka lain la ngan banner tempat kerja aku..Ada yang salam ngan dia kata tangan dia lembutt sangatt...heheh.macam pompuan. Ya la, menteri broo..kerja dalam aircond, mana la nak sama kerja kontrak?kompom tangan kasaq.










Berdiri hormat lagu "NEGARAKU"











Buat pengetahuan, aku just taw skit2 ja pasai Tan Sri ni. Beliau adalah merupakan YB Tasek Gelugor Pulau Pinang dan dalam masa yang sama adalah merupakan penasihat dan pakar EKONOMI kerajaan Malaysia, kerajaan kita. Wow, memang ada "wow factor " la menteri ni kan. Bukan senang kot bagi aku la nak jadi pakar dalam satu2 bidang 2.betui x?kita mungkin cekap, namun xcukup pakar lagi nak bagi nasihat kat orang. So ini ja la serba sedikit yang aku tahu mengenai Tan Sri ni. Ucapan beliau menarik dan menghiburkan, cuma beliau gunakan bahasa loghat utara.So hampa yang ada di selatan sana susah la nak paham skit kan.Ala2 mamu penang cakap.heheh..Tapi best bro. Mahatma Gandhi pernah berkata iaitu " apa yang kamu sampaikan itu tidak penting, tetapi bagaimana sesuatu perkara itu disampaikan, ianya lebih  penting". hehe..so kalau setakat nak cakap i love u gaya kita, xbest..tapi cuba i love u itu disampaikan dalam gaya mamu penang, pergh...kompom caiirr la awek..heheh





Rakan-rakan yang terlibat dalam program ini :











































































amacam model estee lauder aku?hehehe..calon terbaik aku bleh cadangkan untuk produk simply siti . bergaya kot, tugas penting gak dalam program ini, sempat lagi bergambar.ish2...















sory la beb..gua suka ini gambar la..heheh..nampak klasik sangat. Backgroud kayu, lampu skit dan kerusi mahal-mahal..pergh..macam the ancestor of the royal family plak skali tengok..heheh.....







Apa-apa pun diucapkan terima kasih dan jumpa lagi pada Tan Sri kerana sudi hadir memeriahkan lagi majlis. Ada lagi gimik lain seperti sain atas batu asas dan lain-lain. syabas dari pihak aku..steady Tan Sri..nanti mai lagi..pekena nasikk kandaq lak..hehe.... just joke ;-)

Thursday 26 April 2012

SEMANGAT KEKITAAN



Salam.yo hampa semua.apa khabar dan apa cerita? diharapkan agar anda semua berada di dalam keadaan yang sihat dan sejahtera hendaknya..Aku?orait..xda hal punya maa..suasana di kala memghampiri petang ini. Diucapkan tahniah kepada blogger-blogger semua di luar sana yang berusaha berkongsi segala macam info yang ada. Syabas buat anda semua kerana tanpa anda semua yang bersatu hati ini kemungkinan akan menyukarkan orang lain dalam memahami dan mendapat maklumat dan info semasa dari kalian sekalian. Sekali lagi syabas diucapkan..Arigatooo...haiiippp..


Banyak blog yang aku baca hari ini.WAw..the best la beb..dan kebanyakkan pada abad ini menunjukkan para blogger telah mencapai garis kecantikkan yang berada di tahap luar biasa..Ok la 2..jangan luar tabi'e sudah..hohoho...hurm..blog yang bleh dikatakan cun ni aku berjaya search dari blog seorang brother ni. stail gak blog dia sebab dia berjaya mencari dan menghimpunkan blogger yang terdiri daripada gadis-gadis Melayu yang cukup cun.......feewit..kredit 2 blog http://rilekrilek.blogspot.com/ .Lu memang best bro, pandai lu cari awek cun dalam alam siber ini..heheh.salah satu blog awek yang aku usha lamaaaa gak tengok picture dia adalah blog  http://fatinsuhana.blogspot.com/ . Nama blogger ni Fatin.pergh..comei..hampa xcaya ka? hampa klik link fatin ni..teruih keluaq muka dia..MUKA SKIT PUNYA BESAQ DOK ADA...pergh..cun...pandai depa amik gambaq dia..macam achi (mamu penang paggil awek achi) luar negeri punya mari aku bgtau hampa ni..Aku ingat nak amik gambar dia..hurm..xpa2..kita share tengok :


ALAMAK!!..xleh nak copy o ais lak pic dia..adoi..xpa la..hampa tengok sendiri la..malaih aku..heheh..


Pergh..cun kan?betui x..hoohoho...segak2 budak2 sekarang ini sampai aku xmampu kejar kejelitaan tahap positif 5 depa tu..yang aku taw pelan lama pelan segak2 awek2 la..fuhh...stail2.. Ok la, aku rasa dah melalut sangat dah kan..Cadang nak pergi Taiping dari Penang ni, namun sekarang ni cerita aku umpama dah melalut hingga ke Kuala Lumpur dah ni..hehe..xkena langsung ngan cerita semangat kekitaan ini..huhu.. Sory2..maaf nooo....hehehe


ok..back to the main issues..



ANDY LAU





















AARON KWOK




























 ni lagi kenai kot..




























hero young and dangerous yang cukup aku suka lakonan dia. JORDAN CHAN






















Orait.ada yang kenai, ada yang tak kenai kan?so.yang aku taw, depa nilah yang mengharumkan nama Hong Kong atau Cina dengan lakonan depa, ada yang dah sampai tahap International..Stail2.. Cuba perhatikan, apa yang sama di antara keempat hero2 ni? Bangsa kan?,,iaitu Cina..namun..apa yang membezakan mereka secara zahirnya? hurm..mesti hampa taw.iaitu NAMA mereka.perasan tak? Sorang Aaron,Jacky, Jordan Andy menunjukkan nama yang selalunya didominasi oleh Mat Salleh, tapi depa ni pun turut plagiat nama orang putih..setuju?heheh..Cukup sedap nama depa..sooo sweettt!!..cukup metafora bagi mereka yang bubuh nama mat salleh dihadapan nama mereka.Sory 2 say, aku xberapa kaji sangat pasai depa ni, yang aku taw kalau cina 2 kita bleh kenai la kalau dengaq nama ja pun, Contohnya Andy LAU.LAU..cina la kan?ada yang nak kata benggali?xkot..sedap dari sebutan nama saja kepala kita dah tune Chinese..right?so setel bab 2.


Semangat kekitaan..masih xberkait lagi kan?heheh..besa la petang2..otak xberapa nak cayaq sangat..So, persoalannya adalah kenapa depa suka sangat boh nama mat salleh di depan?apa motifnya?motif??(gaya mak nyah)hehe..aku pun xtaw apa motif dan justifikasi mereka boh nama cam 2.xcukup sedap ka LAU..ok la kan.ka depa ada nama lain tapi xletakkan atas dasar nama mat salleh lagi stail??hurm..ada kemungkinan dan kebarangkalian besar nama sebenar andy lau pada persepsi aku adalah ANG JEE LAU..tukaq mat salleh jadi Andy LAU..Aaron KWOK maybe AH LONG KWOK,xtaw la kan..aku hentam ja..mungkin ya atau mungkin tidak... Jadi, kenapa hal ini terjadi? di manakah semangat kekitaan yang perlu ada jugak dalam diri seseorang itu? macam hero2 di atas ni, apa simbolik kekitaan depa?ya kita sedia maklum,mereka rajin,hebat dan pandai berniaga.Namun bila mai bab ni..hurm...masih ada jugak kekurangan di sebalik kelebihan yang mereka banggakan itu. Tidak mengapalah, itu hal masing-masing. Pokok pangkalnya, di manakah terletaknya semangat kekitaan mereka? mungkin mereka ini cukup kuat semangat kekitaan mereka, namun dari segi NAMA yang simple ini pun mereka xmampu nak mengubahnya..Malahan berbangga dengan panggilan Angie, Charlie, Kenny dan lain2 lagi nama penjajah ni. Kadang2 naik mual mendengarnya.heheh (Mohd Ridhuan Tee Abdullah,  Masih Adakah Ketuanan Melayu, Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, MS 1).


Jika diperhatikan balik, sekitar tahun 1839-1842 telah berlaku peperangan di antara China dan British. Ini menunjukkan peperangan dan juga penjajahan telah berlaku di sana. Bukan perang aku nak highlight, tetapi peristiwa sejarah ini menunjukkan tok nenek depa ni dah dok perang dah ngan Mat Salleh. Adakah tok nenek depa ada nama Kenny di hadapan nama mereka?aku rasa general depa pun xda nama mat salleh depan. Sedangkan Yap AH LOy pun xda nama mat salleh..ada sejarah rekodkan YAP AH LOY adalah STEPHEN YAP?xda kan???STEPHEN CHOW ada la..pak lawak 2..heheh. Tok Nenek punya la perang dok lawan penjajah..mai depa yg anak cucu ni berbangga-bangga lak dengan nama mat salleh di depan..hehe..Ronnie LIEW..eeew.w...sekadar contoh la..heheh..


Alhamdulilah, kita dengan bangsa kita masih kekalkan benda-benda macamni..kerana benda ini sangat penting..betui x? cuba bayangkan depan anda, sebagai contoh,kita kenal dia dengan nama AHMAD,ni contoh k.bukan betui2.sebulan dia keluaq kampung, balik2 dia cakap nama dia John AHMAD.amacam,,bleh tahan ka?aku rasa hampa kompom tangkap dia, boh kat pokok dan diikat serta tauk kerengga kat badan dia..baru dia rasa..hahaha..mat salleh sangat..Cuba anda lihat Vietnam di Malaysia, cuba perhatikan, awek2 Vietnam ada xkawan ngan orang Malaysia ka, Bangla ka..xda kan?nak mampuih, dapat taw kat hero Vietnam lain kompom mati la sapa yang kacau minah2 Vietnam ni. Bukan berlagak bai, tapi semangat kekitaan yang mereka ada 2.semangat nak jaga bangsa sendiri dari dapat kat orang lain yang belum tentu semangat kekitaan sendiri diutamakan..So bangladesh xmengorat awek Vietnam,dia mengorat awek mana?kompom la awek Melayu baii...hehe...biasa la beb..SHAH RUKH KHAN...oh yeah~~..lepas 2 mula lah jadi macam2..ya la..sebab dia taw hero Melayu(termasuk aku la 2) xseganas hero Vietnam, kacau skit kompom mati.Tapi hero Melayu baik, biarkan saja..last2,awek Melayu dibawak lari merata.Pakistan la, Indon la dan lain2 negara. Pelik kan, orang luaq mai, tapi CHampion.CHampion la sebab bleh bawak lari anak dara orang Malaysia.. Bukan nak kata bro, tapi ini hakikat.So sama2 lah kita cuba tanam semangat kekitaan.Ianya xsalah jika positif, dan xmembawa kepada rasis pun. Andai kata kita pandai menjaganya, insyallah xda apa perkara buruk yang akan berlaku..percaya la. Sebab aku tengok sendiri MAT BANGLA ni xberani langsung nak tackle awek Vietnam.Sebab apa???semangat kekitaan yang ditunjukkan oleh mat2 VIETNAM ni...


Satu Malaysia xsemestinya satu bangsa kan?iya la, cina cara cina, melayu cara melayu dan India kompom cara India. Jadi, sama2lah kita seimbangkan perkara ini, sebab negara kita cukup aman dan memang payah negara yang ada pelbagai kaum ini nak maintain politik dan sosial macam yang dok ada sekarang ini. Jadi apa yang ada dalam minda aku, SATU MALAYSIA satu Malaysia gak, bangsa pun kena jaga jugak. kalau x, xda la tagline "demi BANGSA" seperti yang dilaung-laungkan tu..kan? xsemestinya bila kita kuat semangat kekitaan, kita rasis ngan bangsa lain.bukan macam 2 maksud aku.kekalkan kestabilan sosial yang ada ni dan balancekan semangat kekitaan dalam jiwa kita ini agar orang luar dan orang-orang yang berlainan bangsa ngan kita ni paham dan menghormati bangsa kita. Apakah simboliknya Melayu?seorang yang merendah diri, penuh sopan dan lain-lain kan?jadi inilah maksud aku yang nak disampaikan. Biar nama kita lain skit, sekurang2nya nama2 dalam ISLAM maksudnya baik.kalau boh RONNIE HARUN sebagai contoh??maksud ronnie 2 apa?xtaw kan..so xyah la nak boh nama sampai hilang SEMANGAT KEKITAAN dalam jiwa kita.Kalau nama TAN TONG TEIK, biarlah macam 2.stg jadi Joseph TAN lak dah..heheh..ni contoh ok..example...self belonging atau semangat kekitaan ni sapa lagi nak jaga??kalau bukan kita sendiri..betul tak? bangsa yang selalu lingkup ni bukannya disebabkan bangsa lain, tetapi bangsa itu sendiri.


Self belonging secara positifnya juga adalah satu perkara yang baik.sekali lagi aku bagitaw, jangan salah faham..ianya tidak akan melarat hingga ke rasis, self belonging bukan rasis, tetapi menjaga dan memelihara sesuatu perkara dan simbolik sesuatu bangsa itu.kalau awek Vietnam, awek Vietnam 2 dia nak kat hero Vietnam ja..dia xmau dah kat hero lain..mai la sapa pun, Tom Cruise ka, Tom N Jerry ka, janji DAM VAN HAN(orang Vietnam yang aku kenai nama dia macamni).hehe..selalunya nama orang VIetnam ada start ngan NGUYEN. So macam 2 la jugak kita,apa kurangnya heroin Melayu dan apa kurangnya bagi sebelah wanita hero Melayu?standard la ada lebih dan kurangnya kan? Hero Melayu memang la jarang Chinese looking macam sesetengah awek minat, tetapi sekurang2nya hero Melayu ni dia minat awek Melayu ja..Xcaya? dengar lagu OTHMAN HAMZAH,gadis Melayu.2 lah simboliknya hati lelaki Melayu kat awek Melayu..hehe...tapi 2 la kan..awek2 ni kadang2 kalau hero Cina mengorat, amboi..suka bukan main..dapat lak hero stail nama KENNY.padahai nama CHEE CIAK KEE..heheh...aku xkata semua awek k,segelintir..nama pun segelintir so xsemua la..ini adalah pandangan peribadi...Mesti ada yang kata satgi, kalau dah jodoh dia ngan hero cina nak wat camana..yup.itu sapa boleh nafi?jodoh kan?semua kerja TUHAN..itu memang xleh dinafikan la dah kuasaNya.


err...cukup dah kot..merapu sangat dah kot...keluar abis macam2..heheh..nama pun blog, apa yang keluaq aku tulis la bai..sekadar berkongsi dan tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal..sekadar berkongsi secebis minda blah kiri ini..heheh....apa-apapun, awek Melayu jugak yang cun dan dihati hamba..kerana apa? self belonging...semangat kekitaan aku untuk cuba sekadar mampu.heheh...lepas ni jangan ada mamat bangla dok mengorat awek Melayu.kerana apa?kerana mungkin dia akan mendapat secebis "harapan" di muka dia macam mamat2 Vietnam selalu buat kat depa..heheh..xda la..melawak jaa...






Mat Bangla..ehh..silap2..SHAH RUKH KHAN...hehehhe














macamni punya stail pun kadang2 ada yang terpaut kot?? macamni punya gaya pun ada yang jatuh hati..ohh abg bangla.ohh abg rahman(bukan nama sebenar)  a.k.a abg bangla kerja tarik kabel .heheheheh...just joke guys...Montana just a brolitaria...Nothing more than that...Peace!!




sekian..laporan...

Wednesday 25 April 2012

ALAHAI SI BURUNG RUAK-RUAK


Err...pagi ini gua rasa macam gua punya mood satu macam la bai..gua pun xtaw apapasai..hurm...badan rasa nak mengeliat, tapi bila mengeliat xbunyi prap pun..keboringan di pagi ini pun terasa jugak disebabkan ramai lagi rakan-rakan seperjuangan aku hilang entah ke mana.atau aku yang tidak dimaklumkan apa2?ish2..tak ada memo apa-apa pun..argh..lantak la...baik aku berdiam diri dulu..Hurm.dah la kelmarin aku baru balik dari perhimpunan satu apa pun aku xpaham apa GM aku berucap.dia berucap, lepas 2 dia gelak sseorang diri.Aku xdapat menjustifikasikan lagi kenapa dia gelak seorang diri.Rekod orang mai lambat pun dia syok ka?hahaha..sirrr betui..

Waktu aku nak pergi perhimpunan kelmarin di HQ aku, maka aku pun melepakkan diri dahulu di MIAH CAFE atau kedai kak miah(try cari dalam wikimapia, aku rasa ada) area BUTTERWORTH, Pulau Mutiara.oh...PEARL ISLAND...stail..Masa dok lepak 2 ramai la rakan2 lama aku, ya la sebab aku dah ditransfer, dulu Miah Cafe 2 la tempat aku lepak, sekarang dah berjauhan maka tiada lagi Miah dalam kamus hidup Montana buat sementara waktu..Waktu aku lepak 2, al kisah maka berjumpa la dengan rakan lama aku PROFESSOR(bukan nama sebenar) yang cukup terkenal DA BOMBnya macam Awang LIKU(tengok post aku sebelum ni bertajuk ceritera orang lama)..haa..lebih kurang la cerita dia ni.Sembang kira tahap kencing berlari punya.Usain Bolt pun xmampu kencing berlari sehebat Prof tempat kerja lama aku ni.


Hampa semua kenai burung ruak-ruak? mari kita tengok rupa burung ni :




















dah kenal, ok..ready untuk dengar cerita aku dan bersedia untuk dengar kekencingan yang sumbernya dari Prof. Prof ni selalunya dia bila lepak ngan hampa, dia akan mendengar dulu apa sahaja cerita hampa, selepas itu readylah dan bersiap siagalah sebab apa yang hampa cerita,dia kompom akan lebih.Da Bomb, biasalah..hahaha.. So nak jadi cerita adalah mamat lain kat pejabat aku ni cerita pergi pasang pukat untuk tahan burung ni. Dia dapat la kot dalam beberapa ekor. Namun itu tidak melemahkan semangat Prof untuk terus Bomb mereka yang mendengarnya. Al kisah maka dia pun tahan la burung ni(Prof la 2) dan dia dapat cukup banyak dari mamat yang tahan burung ni tadi.agak2 hampa lah, kalau hampa yang champion tahan burung boleh dapat berapa ekor? 3? 5? ohh...itu tidak melemahkan semangat prof yang terkenal ngan makan ubat darah tinggi macam nasik ni, sebab dia dapat SEJUTA EKOR!!!!!...hahaha...amacam?banyak x? menurut sumber lain bila aku cerita pasai Prof ni,depa kata kalau nak dapat sejuta ekor, pukat mau pasang keliling la.keliling?besar mana kawasan 2?xkira la..kalau 84 ekar, keliling 84 ekar 2 la..ish2..jangan pening2..hampa xkan dapat sejuta ekor kalau melalui kaedah saintifik cap Elbert Einstien sekalipun sebab ni kencing punya cerita beb.hahaha.Kalau einstein hidup pun dia akan menangis kena tipu berasap macam ni.hahaha..Ceritera Prof, si pengidap darah tinggi yang makan ubat macam nasik..begitu la al kisahnya..kencing kan?yup...dengan aku2 bleh naik darah tinggi sebab kena kencing macam ni.Aku syorkan pihak hospital buat kaedah kuno kat Prof ni iaitu LOBOTOMY untuk mengelakkan orang lain kena kencing lak..heheh.benam betui mata, baru dia hilang ingatan skit..so orang xda la dengaq cerita kekencingan ni lagi...oh yeahh~~...





Pernah dengar Bas UTC? kami belah utara selalu terkenal ngan Tagline "hang mengaji U mana"? so jawapan yang xberapa skeptikal dengan pantas akan keluar "UTC".UTC ni adalah xsilap aku United Transport Company yang core bisnesnya Trasnportation, iaitu Bas awam. Belah Kedah area Sungai Petani cukup terkenal sebab budak2 sekolah dok naik gak..mai usha bas ni. :
























ni tiket dia..hampa orang-orang lama mesti tahu tiket ini ;











berlubang itu sebab bekas kena pengetip dia.




so, apa kaitan lak dah pasai bas ni?sebab semalam masa aku lepak kat Miah Cafe, ada member aku nama dia Mat Sham or MS.stail kan?mamu penang mari..dok xdok dia cerita pasai UTC..so bila dia tanya aku taw x apa UTC?so aku jawab macam Tagline 2 la..rupanya ada lagi jawapannya belah PENANG ni..hampa taw dia kata apa? UTC= UNTA TELAN CUCOQ.(cucoq= cucur kodok,badak dll).


sekian.

Monday 23 April 2012

MENIKMATI KEPUASAN MENONTON TV DENGAN LG CINEMA TV SMART 3D


PERGH...penat gua rasa petang ni.Biasa la, tugas hakiki kan, biasa la 2..semua orang rasa, bukan gua sorang saja kot?heheh... Tadi masa gua bekerja, buka ja email terus masuk email dari Nuffnang. Gua pun baca, dan paham cara gua la..ooo..rupa-rupanya Nuffnang sedang mempromosikan satu benda baru dari LG, iaitu TV 3D. Pergh...TV 3D?sempoi kot..Aku pernah tengok wayang 3D ni, best..Kalau kat wayang best, apatah lagi tengok di rumah, betui x?sebab di rumah kita mampu merehatkan pancaindera kita, nak tengok tv cara kuak lentang ka, mengesot ka ikut suka la..rumah kita kan?heheh...


So apa yang gua paham adalah LG juga adalah merupakan syarikat yang semakin meningkat naik dalam pasaran mengenai barang-barang keperluan rumah ini iaitu TV.LG punya TV bagus menurut apa yang gua baca ni la.Nipis, ringan dan yang penting apa yang TV ni boleh beri kepuasan kepada kita yang menontonnya. Nak tengok TV kena pakai SPEK 3D, hampa jangan main tibai ja spek mata member-member hampa, confirm TV 3D jenis apa pun xleh nak memberikan kepuasan sebenar pada hampa semua..hahah..

















beli TV 3D LG ni...haa..harimau pun boleh keluar dari TV beb..hehehe






















LG 3D glasses pun xberapa janggal sangat nak pakai..cun...x stereotaip punya glass macam kita dok tengok 














Pergh...kalau macamni, sesiapa pun pasti berminat nak mendapatkan TV ni kan..Balik rumah, boring ja tengok TV 3D..menjimatkan kos..tidak perlu ke panggung wayang dah..sebab rumah pun dah macam panggung wayang dibuatnya..ehheheh..



So, sesiapa yang berminat dengan TV ni, apa lagi..Baca lebih lanjut di http://www.lg.com/my/tv-audio-video/televisions/televisions.jsp


Link yang diberikan itu adalah link dan senarai info serta gambar-gambar TV yang boleh hampa share dan tengok sendiri.Ya la..gua pun bukannya pandai sangat tentang TV ni..Setakat nak kongsi info sedikit cuma boleh la..hehe..so apa lagi, klik link di atas itu untuk maklumat lanjut..



LG CINEMA TV SMART 3D THE BEST!!..





Saturday 21 April 2012

MOVIE THIS WEEK..BLOW



Sabtu..wah..hari cuti..apa lagi..lepak umah ja la...nama pun cuti, cuti=dok umah.ada yang cuti= lain2?tidak mengapa hal itu..masing2 ada tema dan persoalan masing2 dalam cuti ni..hehe..Gua dok umah ja la, malas nak keluar..maklum la, kawasan perumahan dan permastautin gua ni jauh dari kawasan pekan.Pekan koboi pun xda..hahaha..lama2 jadi gila lagu 2 ja..tapi ok ja gua..xda apa pun..sebab banyak lagi aktiviti boleh buat duduk di rumah ni..Tengok movie la baiii! ;-)

Ok guys, gua nak share la satu movie ni..tengok lama dah..saja ja semalam aku tertengok kawan aku search apa tah tetiba keluar muka dia ni..




kenai kot? yang pasti bukan hero tempatan apatah lagi Rosyam Nor including Mat Harun..heheh..Banyak movie dia yang aku layan dan semestinya lu orang semua layan kan?banyak-banyak movie dia satu ja yang berjaya meninggalkan kesan pada sudut pandangan minda kiri aku..BLOW.....hohoho..cerita best...





Antara scene-scene dalam pic blow ni :








































































Sinopsis dia simple, base on true story ja..Watak yang Johnny Deep(JD) bawak ni adalah mengenai seorang  taikun atau tauke besaq dadah sekitar US.Pergh..memang layan la cita ni..nak taw pasal watak dia, GEORGE JUNG ni hampa bleh baca di sini


Berdasarkan picture yang atas sekali, 2 adalah bukti orang yang kalau meniaga dadah ni menurut cerita ni la..Banyak duit dia, sampai ada yang dia simpan dalam jamban..Sebab kawasan umah dah penuh duit..Cerita dia banyak jugak moralnya,andai di pandang dari sudut positif  iaitu freedom yang dicari dan diberi oleh ayah JD ni pada dia untuk memilih life yang dia nak.Bapak dia xmarah langsung apa yang dia pilih ni, sebab pak dia pun xmau dia jadi macam ni.Ya la,bapak mana nak tengok anak melingkup, jadi tauke yang tidak sah macam ni kan?heheh..


Dia berjinak2 dengan dadah peringkat bawah dengan kawan dia TUNA dan awek dia stewerdess dan akhirnya melarat hingga ke kokain. Jalan cerita dia best, macamana dia boleh naik,jatuh dan ditikam belakang dengan rakan sendiri yang masuk jail sekali. Standard la kan menianga benda jahat, kena jadi jahat la.

Kesimpulannya, movie ni boleh dilayan sebab scene2 yang "dasyat" pun kurang aku rasa. Banyak plot2 cerita dia berkisar dia deal dadah ja. Memang artis ja banyak beli dadah ni selain ahli2 politik dalam cerita ni sebab artis di sana memang duit banyak.So xjadi masalah la bab2 ni..Hurm..US memang jaga artis2 ni sebab punca sumber negara dari mereka jugak..Best lakonan JD.2 ja aku bleh bagitaw, dan ada scene2 yang bagi aku menyayat hati gak la..better hampa tengok..tapi serius best..serius tahap kambing gurun punya best..hahahah....


Tetiba rasa best ja pagi ni terdengar lagu JAMAL di TV tadi..hehehe..






                              




SEPI SEORANG PERINDU......layannn.. ;-)














Friday 20 April 2012

ENVIRONMENT YANG TENANG



HuARGHH.....mengantuk di kala petang2 sebegini..Namun apa kan daya..Kerja..tapi, jam telah menunjukkan pukul 5.30 pm dan waktu ini menunjukkan waktu aku perlu pulang dari tugas hakiki aku..hahah...Dalam masa yang sama gua dok melihat banyak blog-blog rakan2 lain..Pergh..kebanyakkan sempoi dalam menyampaikan info dengan gaya dan stail masing2..Umpama berenang gak la, banyak gaya..heheh... Tapi aku xkisah, menunjukkan generasi yang ada dalam 1 Malaysia ni berbagai..Steady untuk hampa semua..Come with some new idea, it will be a great things ;-)..


Saja nak berkongsi environment keja gua ngan lu orang semua..suasana yang baik, tenang dapat menghasilkan cas2 positif yang ada dalam badan kita untuk terus sihat dan bertenaga dari segi rohani dan jasmani..



KAWASAN SEKITAR KERJA GUA..POKOK JA BERLAMBAK..TENANG...










ada lagi pic..tapi mana p tah..nanti2 la gua carik lain..kongsi sama lu orang semua k.heheh...











Thursday 19 April 2012

BARCA DERITA.....




Ramalan gua yang Barcelona akan melakar kemenangan, akhirnya salah belaka..hahaha..adoi..Barca xmampu tundukkan Chelsea..Chelsea nampak gaya dah dapat rentak permainan sejak berada di bawah kelolaan Roberto Di Matteo nampaknya..Hurm, Guardiola?garu kepala la hang wei..heheheh








Gol jaringan Drogba..ohh Tidak!!!...heheh





Drogba nyata menghampakan Barcelona takkala permainan bola yang mantap ditunjukkan. 15 minit pertama rasanya 80% lebih bola dikuasai Barca namun Chelsea saja yang berjaya menderitakan Guardiola.
Messi?haha..budak kecik 2 kena tiaw la..Chelsea punya pertahanan bapa orang punya dok mai jaga dia.. Namun Barca tetap steady walaupun kerana ketinggalan dengan Chelsea.Gandingan mantap Messi, Sanchez dan Iniesta nyata makanan burung buat Chelsea sebab defender depa lagi SENDOO(ayat orang Kedah beerti bertubuh agam) nyata tiada masalah langsung..heheh


Xpa Barca, Nou Camp lu kasi menang aaa..hehehe....Gua xmau kena lagi kat sana.Chelsea tengah kuat wei..Ayuhh.!!!! Hola BARCA!!!!. Berita penuh lihat di sini


Sekian untuk pagi ini..dah..gua nak p pekena kopi.. CHOWW,,

Tuesday 17 April 2012

MASIHKAN INGATKAH ANDA PADA MAHAGURU ANDA?




Petang yang suram jugak la..Area2 Seberang Perai Selatan agak mendung..Area aku menetap dan bekerja pun menunjukkan hujan sahaja.. Tetiba petang ni gua rasa macam nak update ja blog gua ni..Tadi gua banyak dok wat kunjungan ke beberapa blog..best jugak, bertukar pandangan di samping usha2 blog rakan-rakan blog yang lain..Blog yg gua tengok simple dan ramai orang mai adalah seperti http://madammondoq.com/. Best blog ni.So hampa bleh la jenguk2..hehe(madam, royalti skit) just joke ja.hohohoho.











Perasan x kord atas ni?ni la nama dia klef treble..apa yang kena mengena?xda kena mengena apa aih..Cuma petang ni ja tetiba aku teringat kat cikgu aku pernah ajaq benda ni.Dia sebut dan aku ingat sampai sekarang. Padahal sampai sekarang aku xtaw apa fungsinya.heheh. Yang aku taw klef treble dan benda itu di sebut masa tahun 1995 dan aku still ingat sampai sekarang..2 yang kata MAHAGURU 2.apa yang diajar akan tinggal kesan pada murid yang diajarnya..No matter what is ur jobs now, remember that this person la a.k.a MAHAGURU juga CIKGU inilah  yang banyak bagi tunjuk ajaq pada kita..Betui x? tanpa depa sapalah kita, tanpa depa kita mungkin xleh nak speak bombastic or an intelligent words dengan orang yang kita berhadapan sekarang. So kawan2, cuba hampa kenang dan renung balik,hampa ada x pengalaman macam aku ni?pengalaman di mana guru hampa ajaq sesuatu benda 2 dan sampai ke hari ini hampa still ingat?so apa kata share with me..Mesti best punya. Jangan risau, kerana memori seperti ini adalah memori yang baik untuk anda semua ingat dan kenang..heheh...semoga guru-guru kita sihat sejahtera hendaknya.AMIN...


CHOw...!!!!

Saturday 14 April 2012

CERITERA SEORANG "ORANG LAMA"


Assalammualaikum dan salam sejahtera, salam 1 Malaysia kepada rakan-rakan blogger dan juga rakyat Malaysia sekalian..Apa khabar anda pada hari ini?harap2 anda semua sihat sejahtera di samping keluarga tersayang di hujung minggu ini.. Sebelum apa2, aku nak mengucapkan syukur kepada Allah kerana kita masih sihat hendaknya dan terselamat dari bencana Gempa yang baru melanda Acheh pada minggu ini. Aku berdoa agar Allah merahmati dan melindungi kita semua dari bencana2 yang mendatang..amin..INSYALLAH.


So,apa macam kawan2 ini hari?ada bagus ka? bagus?sangat bagus atau amat bagus?heheheh...hope u all semua steady dan bersantai di hujung minggu dengan segala sumber teknologi yang anda yg dapat membantu hampa x "BORINGGGG" dok di umah, ok? ya la, kan ka baru2 ni Malaysia masih ngan Mood "ABPBH"? pergh...aku ada la lawat forum http://mforum.cari.com.my/ dan baca la cerita2 yg ada dalam 2. Salah satunya tajuk ABPHBH la..pergh..xsangka gua..Montana xsangka..igtkan artis Luar Negara beb, ya la..pakaian yang depa pakai..pergh...memang up to date betui.."up 2 date" gila2 punya wa cakap lu. Ada yang baju macam ni, macam 2..kira macam gaya2 Angelina Jolie semua ada la..pergh..hehehe..tanhniah2 pada artis Malaysia kerana berada melepasi garisan "ketamadunan" yg depa cipta sendiri itu,k? hohoho...tah apa2..Apa2 pun artis the best, depa memang sempoi..Depa mengikuti perkembangan dan sejarah nak jadi up to date dalam Malaysia ni..Syabas2..walaupun itu budaya yang "depa xtiru atau copy paste" dari luar negara, tapi memang sempoi la Atmosphere yang depa create 2..sempoi2..aku bagi 7 bintang sebagai penghargaan untuk depa.hahah.. Bukan senang beb, nak dedah sana sini.kena lepasi garis "up to date dulu", baru bleh dedah..hahah..apa punya mentaliti...GO DEAD la!!!...(aku tukar dari perkataan BAHASA iaitu pergi atau pi mampuih ke dalam org puteh menjadi GO DEAD). heheh..releks2 la,ala, apek senario bleh menjahanamkan bahasa dalam cerita JUTAWAN FAKIR,xkan aku xleh?aku rakyat gak..aku pun nak lepasi garisan up to date macam artis gak..sekali sekala maa...aiyooo...


Argh..biarkan artis dengan dunia mereka.semoga bahagia dengan career yang dipilih..aku senang ja, cerita Melayu ni aku xberapa nak layan..serius cakap..bukan gua xsaport bro, gua saport..Contohnya CEREKARAMA..drama la kan..ni aku layan la..sebab masej dia banyak dan selalu ada..dan pelakon drama adalah 5 bintang lagi dari yg belakon wayang mari. COntoh kata macam fauziah Nawi..pergh..best kot..dia kalau sedih, sedih sungguh..sampai budak 7 bulan tengok pun nangis..memang dia hayati betui watak dia.2 aku layan la.kalau wayang ni, bagi aku yg best LEFTENAN ADNAN ja..terbaru..YEs...SHAMSUL YUSUFF, KL GENGSTER..sempoi bagi aku..yang lain?hampa nilai sendiri la..ni pesepsi aku..


ehh..silap2.ni fauziah nawi time muda2sory2 ;-)




















ha..ni latest kot..cuba tengok..dia pandai mimik dan ekspresi muka berbagai




Bagi gua, dia ni kalau berlakon cukup best.Tambah kalau lakonan anak dia derhaka kat dia ka..pergh.. cukup jadi la gua cakap lu...serius punya..Blog serius punya serius xserius macam ni... So drama CEREKARAMA kalu aku rasa aku layan.










ni sorang lagi brother..ni berlakon pun bleh gagah gak.




Nasir Bilal Khan pun..kalau berlakon jadi bendui, jadi sungguh2 punya jadi.. Hampa tengok x cerita CINTA SI PENGGALI KUBUR dalam CEREKARAMA? ha...2 the best drama la bagi aku..sedih kot..cerita dia jadi pak turut dalam keadaan diri dia serba kekurangan dari orang lain..kurang daya fikiran, miskin dan lain2. Pendek kata, bukan Ibrahim pendek kata, memang stail la bro ni berlakon...Sebab lakonan dia bleh tinggal kesan kepada sapa yang tengok.2 baru lakonan..bukan macammmm depa2 Nuuuu...hehehhe.







Ok.sorry.mukadimmah panjang sangat... ok..ceritera seorang orang lama ni, aku tujukan pada seorang insan yang pernah cerita satu cerita la kat aku..cerita dia, adalah berdasarkan pengalaman dari seorang member dia di kampung..nama member dia itu adalah berbunyi "AWANG LIKU". So nak jadikan cerita, AL memang selalunya berkata2 dusta, senang cerita kencing punya kaki la..dia memang selalu kencing, so "ORANG LAMA" yang cerita kat aku ni selalu cakap AL xkira waktu, hujan, panas terik atau kemarau, dia taw adalah KENCING, KENCING, KENCING..itu ja masterpiece yang dia ada. AL ni selalu jadi bualan la sebab the BOMB kuat sangat..tapi depa suka layan dia sebab kencing dia tahap berlari punya standard ISO..so apa leh buat..kawan2 kan..layan ja la..so salah satu cerita yang dia cerita kat ORANG LAMA kemudian diceritakan pada aku adalah pasai satu kejadian.



Kejadian dia bunyi macam ni la..Satu hari.dia balik dari kebun dia kot di kampung.Dia bagitau, dia ada bawak buah kelapa muda, mudanya buah.di bawak dengan basikal tua la.ok..simple ja cerita dia kan,buah kelapa dibawa dengan basikal tua.Tapi masalahnya, buah kelapa yang dibawak 2..dengan kuantiti yang banyak dengan basikal tua 2.kuantiti yang melampau2 dengan kapasiti yang xmungkin ditanggung dengan basikal tua..hampa agak2 la..berapa biji dia bagitau..hahh!!!!!!!!!!... 200 BIJI SEKALI BAWA!!!!! pergh...punya la melampau2 dia kencing orang.....ni la orang kata kencing standard berlari punya..bohong tahap berasap2 kapal korek dah ni. mana bleh kan?hampa sendiri pun rasa bleh bawa banyak 2..macamni la carta aliran dia kencing ni....




buah kelapa muda(andaikan 200 biji dalam minda hampa)









kemudian di bawa dengan menggunakan :













basikal tua standard ISO punya..




berdasarkan gambar di atas, yg 2 la pemahaman aku..buah nyok, di bawak dengan basikal tua..hampa rasa 200 biji yang dia bawak tu, macamana la dia bawak kan?pergh..memang kencing gila kot..sapa boleh buat?dia sorang ja..Lepas 2, dalam perjalanan dia nak balik, buah nyok yang dibawak 2, terjatuh la pulak dalam tali air. Jatuh satu hal, cerita jatuh pun ada lagi.Dia cakap, disebabkan buah yang jatuh 2 telah meyebabkan momentem yang kuat sehingga membuatkan air dalam tali air 2 menjadi "BEROMBAK-OMBAK"..hahaha...punya kencing tahap najis terendah dah ni...aku xleh bayang betui... So hampa semua bleh bawak 200 bijik? kalau setakat 10 biji, hampa xleh champion lagi la macam AL..



Orang Lama yang bercerita kat aku ni berkata, AL kalau bercerita, ada satu tabiat yang dia ada iaitu mata dia suka berkerdip2 dalam masa yang cepat.kerdip2 pantas..so Orang Lama berkata orang kuat kencing memang macam 2..mata kerdip2 dalam waktu yang singkat dan pantas.hehe..so hampa perhatikan sendiri la. kalau ada orang bercerita kat hampa, kerdip2 pantas ja mata dia  2..haaa..dia dalam proses la 2..proses apa?proses kencing hampa la..apa lagi.hahahah....Sekian.laporan hari ini...




Ni Hampa Belum Baca Kot :